-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan UPSR

Mata Pelajaran yang Paing Saya Gemari

Di sekolah ada diajar beberapa mata pelajaran, ada Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan sebagainya. Di antara mata pelajaran yang diajar di sekolah, mata pelajaran yang paling saya gemari ialah Bahasa Cina.

Saya suka mata pelajaran ini sejak saya belajar dalam tahun tiga. Masa itu guru Bahasa Cina darjah saya ialah Cikgu Chong. Cikgu Chong ialah seorang guru yang rajin dan berdedikasi. Cikgu Chong selalu menggalakkan kami mengarang. Jika beliau dapati karangan yang kami tulis itu memuaskan, beliau akan mengirim karya kami ke akhbar-akhbar. Kadang-kadang karya kami akan disiarkan dalam akhbar. Alangkah gembiranya bila kami terlihat nama dan hasil karya kami dipaparkan dalam akhbar.

Cikgu Chong pandai bercerita. Beliau selalu mengaitkan pengajarannya dengan cerita-cerita yang menarik. Cikgu Chong seorang guru yang sabar macam nabi. Di bawah ajarannya, penguasaan Bahasa Cina saya semakin maju dan minat belajar Bahasa Cina juga meningkat.

Dengan penguasaan Bahasa Cina yang baik, saya dapat membaca pelbagai jenis akhbar. Saya dapat menambahkan ilmu saya dengan membaca pelbagai bahan bacaan. Saya juga dapat membaca surat khabar dan mengetahui peristiwa yang terkini. Saya dapat berkomunikasi dengan kawan saya dengan lebih baik lagi. Saya dapat mengutus surat dengan kawan.

Banyak kebaikan boleh diperoleh jika penguasaan sesuatu bahasa kita itu baik. Saya akan meneruskan usaha saya untuk meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Cina saya.
Back to Top