Contoh Karangan STPM - Sains dan Teknologi
Sains dan teknologi banyak menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian di negara ini. Bincangkan.
Sains dan teknologi banyak membantu dalam memajukan negara terutamanya kepada sektor pertanian. Pelbagai ciptaan sains diselidik, direka, dan diguna pakai dalam sektor pertanian. Sains dan teknologi sangat memudahkan para petani untuk menghasilkan kualiti hasil tanaman lebih bagus di samping meningkatkan kuantiti hasil pertanian.
Aplikasi sains dan teknologi telah memberikan sumbangan dalam bidang bioteknologi. Aplikasi ini dapat menghasilkan penemuan baka baharu dalam bidang pertanian. Penggunaan teknologi berasaskan nuklear mampu menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baik dan bermutu melalui kaedah mutasi aruhan. Secara tidak langsung, hal ini dapat meningkatkan daya ketahanan, kualiti, dan keupayaan tumbuhan mengeluarkan hasil keluaran dalam jangka masa yang singkat. Selain itu, tumbuh-tumbuhan berupaya membina ketahanan terhadap penyakit, cepat membesar, bahkan cepat matang.
Sains dan teknologi juga menyumbang kepada pemuliharaan tanah. Kaedah moden digunakan untuk memulihkan tanah yang tidak subur. Nilai pH tanah dapat disesuaikan dengan tanaman tertentu. Kandungan dan struktur tanah yang tidak subur dipulihkan dengan mencampurkan kapur dan garam mengikut keperluan tanaman. Penciptaan baja kimia dan baja organik dapat menyuburkan tanah dan meningkatkan kualiti serta kuantiti pengeluaran sektor pertanian. Penciptaan baja organik pada suatu masa dahulu telah membantu sektor pertanian dalam negara kerana dapat menghasilkan hasil tanaman yang lebih bermutu. Tambahan pula, baja organik ini telah diuji sebelum ini dan terbukti bahawa penggunaan baja organik dapat menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti.
Selain itu, sains dan teknologi turut memberikan sumbangan kepada penggunaan teknologi moden. Terutamanya dalam penggunaan jentera moden semasa proses membajak, menanam, menuai, dan sebagainya membolehkan tanah diusahakan dalam skala yang besar dengan mudah dan cepat. Dengan kemudahan jentera, para petani dapat menghasilkan hasil tanaman dengan banyak di samping menjimatkan penggunaan masa dan tenaga. Penggunaan jentera mesin juga dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti dengan cepat dan mudah. Sebagai contoh, masalah kekurangan beras dapat dielakkan dengan penggunaan jentera memproses padi memandangkan jumlah penduduk di negara kita semakin bertambah. Jentera memproses padi dapat memungut hasil tuaian dengan cepat dalam kuantiti yang banyak.
Sains dan teknologi juga menyumbang kepada kaedah penyimpanan dan pembungkusan. Perkara ini membantu manusia dalam mengawet hasil pertanian mahupun bahan lain supaya tahan dengan lebih lama. Dalam era serba moden ini, terdapat pelbagai ciptaan yang telah dihasilkan bagi memastikan proses penyimpanan dan pembungkusan yang lancar. Ciptaan sains seperti penggunaan peti sejuk dapat memastikan hasil-hasil pertanian dapat disimpan dengan lebih lama. Selain itu, teknik pembungkusan yang menggunakan kaedah vakum juga dapat memastikan mikroorganisma atau bakteria tidak dapat membiak dan merosakkan hasil tanaman. Oleh itu, jelaslah bahawa sains dan teknologi mampu memberikan sumbangan yang besar kepada negara dalam bidang pertanian.
Selain itu, sains dan teknologi dapat mewujudkan sistem pengairan yang sistematik. Tanaman memerlukan air yang mencukupi untuk menghasilkan produktiviti yang berkualiti. Oleh itu, sistem pengairan dengan bantuan teknologi moden dapat memastikan bekalan air mencukupi dan pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun serta bekalan air dapat dikawal.
Kesimpulannya, sains dan teknologi memberikan sumbangan yang besar kepada sektor pertanian dalam negara. Sebagai ahli masyarakat, kita perlu menghargai sumbangan ini agar sama-sama mendapat faedahnya.