Contoh Karangan STPM - Agama dan Kepercayaan
Gengsterisme dalam kalangan remaja bukanlah satu masalah yang baharu. Gejala ini dilihat semakin berleluasa dan amat membimbangkan banyak pihak. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menangani masalah ini. Bincangkan.
Gejala gengsterisme semakin berleluasa terutama dalam kalangan remaja yang masih berada dalam alam persekolahan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gejala ini terus berlaku.
Beberapa faktor gejala gengsterisme menjadi semakin parah telah dikenal pasti. Pertama, gejala gengsterisme berpunca daripada masalah kepincangan keluarga. Apabila institusi rumah tangga musnah dan mengalami perpecahan, sudah pasti anak-anak akan terbiar dan hilang arah tujuan. Hal ini akan menyebabkan anak-anak kurang mendapat kasih sayang. Oleh sebab itu, anak- anak akan mencari altematif lain untuk mendapatkan kasih sayang dan perhatian. Mereka juga cenderung untuk melakukan perkara-perkara yang negatif dan bercampur dengan budak-budak nakal. Bahkan, terdapat juga segelintir remaja yang bertindak dengan melakukan perbuatan yang boleh menimbulkah masalah disiplin di sekolah untuk mendapatkan perhatian daripada guru dan rakan-rakan. Contohnya, bergaduh, memeras ugut atau buli, melawan guru atau pengawas, merosakkan harta benda sekolah, dan sebagainya. Pelajar yang kurang mendapat bimbingan daripada ibu bapa cenderung untuk melakukan gengsterisme. Hal ini menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak.
Seterusnya, remaja yang mempunyai tahap akademik yang rendah juga mudah terjebak dalam gejala gengsterisme. Hal ini demikian kerana, sebilangan pelajar berhenti sekolah pada usia yang muda akibat ketiadaan minat untuk belajar. Oleh sebab itu, mereka telah menghabiskan masa dengan menyertai kumpulan gengster. Penglibatan remaja dalam kumpulan gengster pada usia yang muda menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara yang baik dengan yang buruk, malah mereka melakukan sesuatu perkara atas dasar keseronokan dan kepuasan diri semata-mata, padahal perbuatan yang dilakukan oleh mereka itu adalah perbuatan yang salah. Kumpulan gengsterisme ini akan melakukan keganasan dengan merosakkan harta benda awam atau mengganggu ketenteraman orang ramai. Malahan, ada antara mereka yang berasa bangga menjadi ahli kumpulan gengster kerana dapat menutup kelemahan mereka dalam bidang akademik.
Di samping itu, pengaruh media massa juga merupakan punca yang menyebabkan gejala gengsterisme semakin berleluasa. Media elektronik seperti televisyen dan perfileman sering memaparkan adegan yang bercorak keganasan. Sepatutnya, adegan-adegan seperti ini harus ditapis terlebih dahulu oleh pihak atasan sebelum menyiarkan kepada umum. Hal ini demikian kerana, aksi yang dipaparkan oleh media akan menjadi ikutan kepada golongan remaja. Ekoran itu, unsur-unsur negatif mudah meresap ke dalam jiwa remaja. Oleh itu, jika tiada bimbingan daripada ibu bapa, unsur-unsur negatif yang dipaparkan di media massa akan membentuk perilaku remaja masa ini dalam menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran.
Ekoran faktor-faktor tersebut, beberapa tindakan perlu dilaksanakan untuk membanteras gejala ini daripada terus berleluasa. Dalam hal ini, pemerkasaan kuat kuasa undang-undang yang melibatkan pihak polis perlu diberikan perhatian. Pihak sekolah boleh bekerjasama dengan pihak polis dalam menangani masalah ini. Hal ini demikian kerana, pihak polis diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk menahan pelajar yang didapati ponteng sekolah. Bagi pelajar yang didapati melakukan kesalahan, hukuman yang setimpal perlulah diberikan. Sebagai contoh, pelajar diberikan amaran, pelajar digantung sekolah, dan sebagainya. Oleh itu, pihak berkuasa haruslah peka akan gejala gengsterisme dan bekerjasama dengan para guru untuk mengatasi masalah ini di sekolah.
Seterusnya, usaha untuk menangani gejala gengsterisme ialah peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak. Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak dan menjadi contoh teladan kepada mereka. Anak-anak perlu diberikan didikan agama dan moral yang secukupnya. Hal ini dapat membentuk akhlak dan peribadi anak-anak supaya menjadi insan yang baik pada masa hadapan. Di samping itu, ibu bapa juga perlu mengawasi pergerakan anak-anak dan mengambil berat akan setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak di luar rumah. Malahan, ibu bapa juga perlu mengetahui dan mengenali rakan-rakan mereka. Dalam pada itu, setiap masalah yang dihadapi oleh anak-anak, ibu bapa perlulah memberikan perhatian yang sepenuhnya agar anak-anak berasa diri mereka dihargai dan disayangi. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak.
Kesimpulannya, kegiatan gengsterisme merupakan perbuatan yang serius. Jika tidak diberikan perhatian, perkara ini akan menjadi semakin parah. Oleh itu, semua pihak perlulah bersama-sama dalam menangani masalah ini.