Contoh Karangan STPM - Ekologi
Pada masa ini, masalah penapisan lapisan ozon semakin membimbangkan sekali gus mengubah iklim dunia. Bincangkan punca-punca dan kesan-kesan ekoran fenomena ini.
Fenomena penipisan lapisan ozon kini semakin membimbangkan penduduk dunia. Hal ini demikian kerana, kesannya mampu mengugat keseimbangan ekosistem yang akan mengancam nyawa hidupan di muka bumi ini.
Punca berlakunya fenomena penipisan lapisan ozon ialah pencemaran bahan industri. Hal ini berikutan kebanyakan bahan industri menggunakan gas klorofluorokarbon (CFC) sebagai agen pelarut dalam pembuatan produk mereka. Lazimnya CFC diguna pakai dalam pembuatan barangan elektronik dan detergen. Penggunaan bahan yang membebaskan gas CFC dalam industri telah meningkatkan kadar penipisan lapisan ozon. Di samping itu, CFC juga digunakan dalam penyembur ubat nyamuk, iaitu aerosol yang dibebaskan ke udara, lalu bertindak balas dengan pancaran ultraungu dan kemudiannya membentuk pelbagai bentuk bahan radioaktif. Sisa radioaktif tersebut akan mempercepat penipisan lapisan ozon.
Selain itu, penipisan lapisan ozon juga berlaku akibat pembakaran bahan buangan. Pembakaran bahan buangan ini termasuk pembakaran bahan api seperti minyak, gas, arang batu, plastik atau najis haiwan. Di samping itu, aktiviti pembakaran hutan turut memburukkan keadaan. Pembakaran hutan ini sama ada secara semula jadi atau melalui aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab menyebabkan bumi berada dalam keadaan yang tenat. Akibat daripada pembakaran bahan buangan ini, maka akan terhasil sebatian gas-gas karbon termasuk monoksida dan nitrogen dioksida. Perkara ini juga menyumbang kepada peningkatan gas karbon dioksida dalam atmosfera yang akan meresap ke lapisan stratosfera, seterusnya menipiskan lapisan ozon. Oleh itu, jelaslah bahawa pembakaran bahan buangan boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon.
Penipisan lapisan ozon juga berpunca daripada ujian senjata nuklear. Hal ini berlaku berikutan tindakan manusia yang menjadikan kawasan kutub selatan, khususnya benua Antartika sebagai tapak untuk ujian pelancaran roket dan peluru berpandu oleh negara-negara tertentu. Ujian senjata nuklear ini akan membebaskan sisa-sisa radioaktif yang menghasilkan radiasi. Seterusnya, radiasi ini akan meresap ke stratosfera yang akhirnya menipiskan lapisan ozon. Tidak dinafikan juga kebocoran loji nuklear akibat kecuaian manusia turut menjejaskan lapisan ozon. Oleh itu, semua pihak haruslah peka terhadap sesuatu aktiviti yang ingin dilakukan agar tidak memberikan kesan sampingan yang ketara.
Penipisan lapisan ozon telah menimbulkan kesan negatif terhadap kesejahteraan hidupan di dunia. Antara kesannya termasuklah menjejaskan kesihatan manusia. Hal ini berlaku apabila lapisan ozon di lapisan stratosfera menjadi nipis menyebabkan sinaran ultraungu sampai secara langsung ke permukaan bumi. Pancaran ultraungu ke bumi akan menyebabkan kanser kulit dan penyakit katarak mata. Selain itu, sinaran ultraungu juga akan merosakkan deoxyribonucleic acid (DNA) dan mutasi gen serta kecacatan pada bayi yang baru dilahirkan. Lebih membimbangkan sistem imunisasi manusia juga akan terjejas dan manusia mudah diserang penyakit. Oleh itu, jelaslah bahawa kesihatan manusia kini semakin terancam akibat penipisan lapisan ozon.
Seterusnya, fenomena penipisan ozon juga menjejaskan iklim dunia Hal ini berlaku akibat daripada penipisan lapisan ozon yang menyebabkar. berlakunya peningkatan suhu bumi. Peningkatan ini menyebabkan suhu dunia semakin panas dan mencairkan lapisan glasier di kawasan kutub utara dan kutub selatan. Fenomena ini menyumbang kepada peningkatan isi padu air laut dan akan menyebabkan kawasan tanah rendah lenyap ditelan laut. Menjelang tahun 2020, pakar-pakar saintis meramalkan paras laut akan naik sebanyak lima meter hingga tujuh meter dan akan menenggelamkan kawasan- kawasan rendah. Kemudian, banjir besar akan berlaku dan menenggelamkan pulau-pulau di kawasan pantai dan juga kawasan yang rendah. Akhimya, kejadian ini akan mengancam hidupan di muka bumi ini.
Kesimpulannya, semua pihak perlu bersama-sama bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar. Hal ini bertujuan agar bumi terus sihat dan udara yang dihirup terus segar.