-->

Type something and hit enter

Translate


On
Apakah Preskripsi ?

Preskripsi merupakan arahan bertulis daripada pengamal perubatan ke atas pesakit bagi membolehkan pesakit diberikan rawatan atau ubat yang sepatutnya...

dalam preskripsi mungkin mengandungi arahan untuk pembekalan ubat atau jenis rawatan yang patut diberikan.

preskripsi juga adalah salah satu komunikasi antara doktor dan ahli farmasi. ahli farmasi akan membekalkan ubat kepada pesakit sebagaimana arahan tertera. Arahan ini kadangkala mungkin pesakit tidak faham kerana mengandungi singkatan tertentu yang biasanya hanya di fahami oleh individu yang terlatih dalam bidang perubatan.

di Malaysia, preskripsi diperlukan sekiranya anda ingin mendapatkan ubat Kumpulan B dalam Jadual Racun, akta racun 1952. (Antibiotik, ubat darah tinggi dan lain-lain)

Selain itu, preskripsi juga adalah dokumen penting untuk ahli farmasi mengetahui jenis-jenis ubat yang diambil oleh pesakit. anda boleh memohon preskripsi daripada doktor yang merawat anda sekiranya anda berhajat untuk menyambung ubat di farmasi komuniti berhampiran.

Preskripsi yang lengkap wajib mengandungi perkara berikut:

(a) Preskripsi itu hendaklah secara bertulis dan dinyatakan tarikh preskripsi itu dibuat;
(b) Alamat pengamal perubatan perlu diberi;
(c) Nyatakan nama dan alamat pesakit berkenaan;
(d) Nyatakan jumlah amaun ubat yang dibekalkan dan dosnya; dan
(e) Nyatakan berapa kali (tetapi tidak lebih tiga kali) ubat itu boleh diberi dan jika diberi lebih tiga kali maka nyatakan alasannya

Nak tanya lagi ? tanya jer.....haha


No photo description available.

Back to Top