-->

Type something and hit enter

Translate


On
Betul ke sambung diploma rugi berbanding sambung STPM?

Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan.

STPM
1. Setahun setengah sahaja
2. Ada elaun
3. Yuran murah (RM500?)
4. Peluang kemasukan ke ijazah sarjana muda sama seperti lepasan matrikulasi dan diploma.

Diploma
1. 2 tahun ke 3 tahun

2. Yuran 3000-4000 sepanjang pengajian (UiTM)

3. Peluang mendapat pengecualian kredit sehingga 30% dari pelan pengajian ijazah di UiTM (Di universiti lain kena mohon). Boleh jimat sehingga setahun pengajian (untuk ijazah 3 tahun pengajian) dan setahun setengah (untuk 4 tahun pengajian) kecuali ijazah profesional tertentu.

4. Pengajian ada khusus bidang. Contohnya sains komputer, teknologi makanan, teknologi tekstil, kimia, teknologi pertanian, kejuruteraan, farmasi, kejururawatan, teknologi makmal perubatan, dan meningkatkan peluang pekerjaan selepas tamat diploma

5. Kebanyakan diploma melibatkan kerja-kerja teknikal dan pendedahan alam pekerjaan ketika latihan industri.

6. Pelajar kebiasaannya lebih matang ketika peringkat ijazah kerana telah memahami sistem universiti

7. Peluang untuk mendapat kursus pilihan lebih tinggi.

Sebagai seorang pensyarah yang mengajar pelajar sarjana muda, saya dapat melihat corak pelajar berbeza bergantung mereka dari asasi, matrikulasi, diploma atau STPM.

Sebenarnya bergantung apa yang anda hendak. Berbincang dengan keluarga anda. Fikirkan pro dan kontra.

Saya pelajar 6A3B pada zaman saya, dan saya memasuki diploma. Saya tidak pernah menyesal.

PS: Bagi pelajar keciciran SPM dari keluarga B40, anda boleh mengikuti program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Ia program persediaan diploma. Tamat satu semester, mereka boleh menyambung pengajian peringkat diploma. Saya ada ramai kawan yang hari ini adalah jurutera, pensyarah, doktor, cikgu dan lain-lain hasil program pra diploma. Gagal SPM bukan bermakna gagal selamanya selagi mana anda sanggup bangkit dari kegagalan. Untuk maklumat MDAB boleh tengok di sini: https://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm?id=PD

Kami di sini untuk membantu anda.

Dr Che Puteh Osman
PhD (UiTM)
BSc (Hons.) Applied Chemistry (UiTM)
Dip. in Industrial Chemistry (UiTM)
Back to Top