-->

Type something and hit enter

Translate


On
👨‍🎓👨‍🎓PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DI INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA (IPGM) 👩‍🏫👩‍🏫

Makluman Dan Perhatian
1.  Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.
     Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak untuk
     dipanggil temu duga.
2.  UJIAN KELAYAKAN CALON GURU terdiri daripada dua (2) sesi iaitu :

     A. SESI UJIAN BERTULIS.
        √ Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

     B.  SESI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL .
        √ Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
        √ Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali
            Pendidikan Jasmani.
        √ Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum
            ujian dilaksanakan

3.  SESI TEMU DUGA

        √ Calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga.
        √ Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.
        √ SESI UJIAN AMALI.
            - Calon yang memohon Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam
               dan Bahasa Arab akan menjalani Ujian Amali semasa Temu duga.
4.  PEMILIHAN

        √ Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG,
            prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat
            Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

5.  PENDAFTARAN :

        √ Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program akan mendaftar di institusi yang ditetapkan
            oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan):
BIL 
PROGRAM
TARIKH PENDAFTARAN

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
26 Jun 2018
2  Program Pelajar Cemerlang (PPC) Ambilan Jun 2018  26 Jun 2018
3  Program Kembar Praperkhidmatan Bachelor of Arts Degree in Sciences of Languange and Information Specialising in Teaching French as a Foreign Language di University of Franche-Comté’, Perancis  Ambilan Jun 2018  26 Jun 2018


6.  Calon yang telah menduduki UKCG/temu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh
     satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan
     maklumat secara bertulis kepada calon.

7.  Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan UKCG,
     temu duga dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi yang ditetapkan.
8.  Calon perlu mencetak surat panggilan UKCG, temu duga dan tawaran (sementara) dalam permohonan online.
     Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri UKCG dan temu duga adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
9.  PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

        √ Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada
             Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
        √ Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah
            Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

Permohonan Secara Online
https://pismp.moe.gov.my
Back to Top