-->

Type something and hit enter

Translate


On
Soalan Lazim (FAQ) bagi Permohonan👨‍🎓

S. Bagaimana jika saya lupa atau kehilangan kata laluan.

J. Sila Klik pada ikon Lupa Kata Laluan   dengan masukan nombor kad pengenalan serta alamat emel
    yang telah didaftarkan semasa permohonan. Kata laluan anda akan dihantar ke alamat emel seperti yang
    telah didaftarkan. Sekiranya masih tidak berjaya, sila hubungi pihak urus setia di alamat yang telah dilampirkan.
S. Dimana saya boleh mendapatkan penjelasan lanjut tentang pengisian borang permohonan terutamanya
    syarat khusus bidang pengajian yang dipohon.

J. Anda boleh melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat www.moe.gov.my.
    Semua maklumat seperti syarat kelayakan, struktur program, dan syarat khusus bidang pengajian yang dipohon boleh
    didapati daripada menu yang disediakan.
S. Berapa kali saya boleh mengemaskini borang permohonan.

J. Kemaskinian borang boleh dibuat seberapa banyak yang diperlukan selagi anda belum mengesahkan permohonan.
    Anda boleh menggunakan kata laluan yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan
    yang telah dihantar.
    Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
    Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
S. Apakah Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).

J. Calon yang terpilih mesti menduduki UKCG. Ujian ini terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :
   i.  Sesi Ujian Bertulis.
       a.  Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
   ii. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal
       a.  Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
       b.  Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani
           Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
       c.  Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum
           ujian dilaksanakan.
   iii. Sesi Ujian Amali. (Dilaksanakan Semasa Temu duga)
       a.  Calon yang memohon Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
S. Saya telah memenuhi keperluan minima permohonan tetapi masih gagal dipanggil menghadiri temu duga.

J. Selain dari memenuhi syarat asas yang ditetapkan, anda juga perlu memenuhi syarat bidang pengkhususan yang dipohon.
    Di samping itu terdapat kriteria-kriteria lain yang diambil kira seperti penglibatan aktif dalam bidang ko-kurikulum
    dan pengiraan skor merit tertinggi mengikut bidang yang dipohon.
S. Saya telah menghadiri temu duga tetapi gagal dalam permohonan kemasukan program berkaitan.

J. Kemungkinan anda gagal dalam UKCG atau tidak mendapat perakuan panel temu duga atau mendapat merit yang rendah
    berbanding pemohon lain dalam sesi temu duga.
S. Dari mana saya akan mendapat maklumat berkaitan permohonan saya.

J. Anda dinasihatkan sentiasa melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my dari masa
    ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang terkini.
S. Saya terlibat dalam Progam Latihan Khidmat Negara (PLKN). Bagaimana saya ingin mengetahui keputusan
    permohonan perguruan saya ketika saya sedang dalam latihan PLKN.

J. Anda dinasihatkan untuk mencetak kalendar aktiviti di menu permohonan bagi mengetahui
    tarikh-tarikh penting bermula permohonan online sehingga pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Kampus.

@halatujuspm
@halatujuselepasspm
#ipgm #ipg #guru #universitiawam #upu1920 #spm
Back to Top