-->

Type something and hit enter

Translate


On

Welcome to my blog. As for today is my first day publishing a new post as a new blogger, I'd like to share my pengalaman semasa menghadiri UKCG pada 11 April yang lepas. Kalau untuk aktiviti UKCG tahun-tahun lepas saya tak berapa tahu sorry ya, pengalaman ni berdasarkan apa yang saya alami semasa ujian tu berlangsung. 


So for you who don't know what UKCG is, it stands for Ujian Kelayakan Calon Guru. 


Kepada adik-adik di luar sana yang bakal memohon untuk jadi seorang guru, bukan mudah ya tetapi itu bukan alasan untuk tidak mencuba... Hehe. So nanti kat bawah, Saya akan beritahu pengalaman saya semasa menghadiri UKCG.


Pada pagi tu awal juga lah bangun, kira-kira dalam pukul 5:30 pagi macam tu sebab takut tak sempat sampai ke pusat UKCG. Bagi dokumen asal sijil lahir dan kad pengenalan, surat panggilan, surat akuan calon dan semua yang perlu di print tu pastikan letak awal-awal dalam fail sebab takut lupa nanti. Pensel 2B dan pemadam jangan lupa ok. Itu semua WAJIB untuk dibawa semasa UKCG. 


So, untuk pengetahuan adik-adik semua, saya buat UKCG di IPG Kampus Sarawak. Kat Miri jak, tak jauh pun. Dalam 44km jika menggunakan jalan darat dari tempat saya tetapi terasa lama lah juga sebab jalannya teramatlah smooth dan tak berlubang... Selesa sangat sampai termuntah-muntah I mual kat dalam kereta. 

*Orang Marudi jak lah faham lawak akak ni*



Dalam pukul 7:15 pagi macam tu saya dan parents pun bertolak dari rumah dan tiba di bandar Miri pada pukul 10:10 pagi. Masa tu memang saya lemah sangat sebab dah mabuk perjalanan tadi so adik-adik penting ok untuk sarapan pagi apa semua tu supaya nanti time UKCG tak lah pengsan. 


Saya and parents pun having lunch kat satu restoran ni. Bagi pengetahuan adik-adik semua, baju dan seluar yang dipakai adalah seperti yang telah dinyatakan di dalam surat panggilan UKCG. Pakai terus jak baju hitam panjang lengan, seluar track dan kasut sukan dari rumah tau. Jangan pakai baju kurung pula, nak buat push up semua tu sanggup kah pakai baju kurung dik? HAHAH.


Selesai semua tu, kami pun bertolak ke IPG Kampus Sarawak dan setibanya kami di sana, dah ada akak guard kat depan pagar IPG tu yang beritahu kami hendak ke mana dan ke mana... Jangan risau lah, rasanya semua IPG pun akan ada security guard yang beritahu, parents boleh saja bertanya.


Yang kat atas ni lah Institut Pengajian Guru Kampus Sarawak, Miri. Cantik kan? Kawasan dia teramatlah besar... Dah rasa macam balik ke sekolah menengah dulu... ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜†



So masa dah masuk tu, kira dah pukul 10 nak pukul 11 pagi. Adik kena ingat, mesti sampai better 30 minit sebelum sesi Ujian Bertulis bermula... Kat dalam surat panggilan dan surat aturan semasa UKCG akan ada diberitahu apa yang patut dibuat and apa yang tidak, baca dengan teliti alright? ๐Ÿ˜†  

Ok, so masa tu my parents parking kereta kat padang bola sepak IPG tu sebab parents budak lain pun parking kat sana. Jangan risau sebab anxiety tu akan berkurangan once you all tengok budak-budak lain yang turut menghadiri UKCG pun ada masa tu, kita tak keseorangan pun so keep that in mind ya? Don't be too nervous, just have fun. 

Guaranteed juga, you all tak akan sesat punya sebab just ikut saja ke mana budak lain pergi and akan ada fasi yang instruct you untuk ke mana dan ke mana... Parents boleh jak tunggu and nak pulang atau jalan-jalan pun boleh๐Ÿ˜‹

I dah jumpa kawan baru masa tu hehe, ada dua orang and dorang sweet sangat. Seorang Mary and seorang lagi Steffenus. (Step, kalau ko baca ni sorry bah kalau salah eja nama ko hehe)

Try to talk to new people that time because this is your chance to make new friends and reduce your anxiety. And one more thing, tak semua calon akan sama umur dengan kita because ada yang 19 years old and 20 pun ada. ๐Ÿ˜‹ 

So my parents left earlier right after we got instructed to get into the examination hall for registration. So basically, I was alone at the IPG surrounded with strangers. But hey, you are not alone remember? Anyway, before the registration, don't worry sebab akan ada senarai nama kat papan notis dewan tempat Ujian Bertulis dijalankan and kat papan notis tu akan ada senarai nama, nombor kaunter dan ruang signature. Sign terus kalau ada nama adik ok? 


Sebelum pendaftaran tu nanti, kad pengenalan, surat panggilan UKCG, surat akuan calon, sijil lahir, dan lain-lain surat yang penting, pemadan dan dua batang pensel 2B jangan lupa bawa. Beg, botol air, fail dan handphone tu tinggal kat luar sebab dilarang dibawa masuk ke dewan. Masuk dewan, ambil tempat duduk ikut nombor masing-masing dan don't worry lah, hall tu sejuk jak. Banyak ekon. ๐Ÿ‘Œ


SESI UJIAN BERTULIS

Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam masa 45 minit. So masa adalah amat terhad, kalau tak fokus maka tak akan sempat jawab. Tapi jangan risau, soalan dia tak susah. Serious, senang. Cuma ada part soalan yang tricky sikit sebab Ujian Bertulis ni dia merangkumi soalan yang nak menguji tahap psikologi kita... Kalau boleh spend ten seconds on each question. Nasib I sempat masa tu, nyaris tak sempat. Kalau di combined kan soalan Bahagian A dan Bahagian B, semua ada 195 soalan tak silap... (lupa dah tua) Banyak kan? Tapi nasib, just perlu hitamkan kertas OMR tu jak... Terobeq SPM lepas, lebih kurang macam tu lah. Soalan dia for example;

1. Adakah anda suka pada kanak-kanak?

A. Ya 

B. Tidak

2. Adakah anda seorang pemarah?

A. Ya

B. Tidak


3. Wajarkah anda berkongsi nota dengan rakan anda yang ponteng?

A. Ya

B. Tidak


4. Pernahkah anda mencuri?

A. Ya

B. Tidak



Soalan Bahagian B pun macam ni juga. So, jawablah dengan teliti dan cepat ya? Masa itu emas. Takpa senang jak soalan. ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜…









Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)

So now. The scariest part of UKCG. UKF or Ujian Kecergasan Fizikal. Kita masa tu habis Ujian Bertulis pada pukul 12:45 petang and UKF start 1:30 petang. Kadang-kadang kalau calon tak banyak hadir, diorang akan cepatkan masa so cepatlah sesi UKCG berakhir and adik-adik boleh la berehat sepuas-puasnya. UKF scary? chill haha, not really guys. Sebab fasi semua baik-baik belaka and ceria jak diorang. Tak segarang yang you all fikirkan. 

For your information, senior-senior kat IPG yang akan jadi fasi masa Ujian Fizikal means diorang lah yang tolong observe teknik adik-adik buat semua aktiviti UKF (Ujian Kecergasan Fizikal) serta mencatat markah nanti. 

UKF juga dijalankan di dalam dewan, bukan kat padang or lapangan or whatsoever so no worries lah bagi putri lilin macam siapa? Macam akak seorang ni. Siapa? Tau-tau kau lah. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜š (innocent face)




Ada lima stesen Ujian Kecergasan Fizikal iaitu;

1. Ukur berat dan tinggi badan. (BMI Test)

- Part ni senang jak, tinggal buka kasut dan step on penimbang. Fasi akan tolong catat everything for you including height. Kalau weight bersesuaian dengan height atau erti kata lain BMI normal, means you will get 15 full marks. Don't worry kalau underweight and overweight pun ada markah juga tapi tak full, maybe only 10 marks like that. Saya dapat full mark kat sini. ๐Ÿ˜†


For reference ๐Ÿ‘Œ




2. Jangkauan Melunjur

- Yang ni pun senang. Sama, just buka kasut. Adik-adik masih ingat tak Ujian Segak yang selalu dibuat di sekolah tu? Tak kan tak tahu kot... Ni saya show contoh; 


Ni dia nak tahu fleksibiliti seseorang tu macam mana... So seminggu sebelum UKCG tu, rajin-rajin lah stretching okay? Hahah. Saya mampu buat sampai 37 cm. Sebab kaki panjang -_- 




3. Bangkit Tubi Bervariasi

- Ada lima jenis bangkit tubi (lima level) dan memang part ni akak agak payah *HEHE* Saya sampai level 2 jak. Tere kan? ๐Ÿ˜ Kalau adik dapat buat sampai level 5, memang full mark lah. My friends, Mary dia mampu buat sampai level 3 and Step dapat buat semua level. Tahniah Step! Tere nya


Demo abam senior tunjukkan kat atas. Don't worry lah, lelaki biasanya dapat jak sampai level 5. Bangkit tubi tu pun lima kali sahaja, cuma teknik yang berlainan bagi satu kali tekan tubi. Yalah, nama dah "bervariasi". Kalau nak tahu lebih detail mengenai jenis-jenis tekan tubi, boleh klik link blog akak satu di bawah ni, blog dia agak menarik juga ๐Ÿ‘€




4. Tekan Tubi Tanpa Henti

- Part yang ni okay. Sebab adik-adik kena tekan tubi sebanyak yang boleh tanpa henti means... tak akan ada limit masa atau kiraan seperti buat ujian segak kat sekolah dulu. Best kan? Tapi lelah juga. ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜”. I dapat buat 24 kali sahaja, kira okay kot sebab masa tu dah menggeletar tangan, akak fasi pun senyum-senyum jak tengok. (malu tapi teruskan jua). Oh and perempuan akan tekan tubi ikut cara perempuan and so goes to the boys. Aktiviti ni tak payah banyak explain sebab mudah sahaja. Alright? Peace.









5. Bleep Test 

- Yang ni stesen terakhir (leganya), paling mudah dan PALING MEMENATKAN. Mudah kenapa? Sebab lari jak kot, bukannya lompat. Di stesen ni, calon dikehendaki untuk berlari secara ulang alik sejauh 20 meter. Macam dekat jak bunyi tapi itulah, I pun fikir macam tu mula-mula tapi menyesal dah fikir macam tu. Jauh ok 20 meter ya sik dekat pun, mun jenis yang mudah semput cam aku susah sikit lah. Haha, tapi bagi atlet sekolah sebelum ni atau adik yang dah join PLKN, memang senang lah bagi diorang. Tapi don't worry jika sebelum tu adik-adik dah selalu jogging, body pun dah adapt dengan movement segala tu, okay lah no problem


Masa lari tu nanti bukan sorang-sorang ok? Secara berkumpulan. Time saya, kita semua dua belas orang kalau tak silap dalam sebaris tu. Then, calon dikehendaki berlari dari garisan permulaan sehingga ke garisan penamat mengikut tempo yang ditetapkan ataupun setelah mendengar bunyi 'bleep'. Apabila sampai ke garisan penamat, bunyi bleep kedua akan berbunyi dan calon dikehendaki berlari lagi ke garisan permulaan tadi, so basically larian ulang alik. Semua tu ada level tau. Contoh, level 1.1, 1.2, 1.3, 1.4 hingga 1.8. Then lepas tu masuk level dua akan ada 2.1, 2.2, 2.3 and so on. Setiap 0.1 level adalah satu larian and semakin tinggi level semakin cepat bunyi bleep. 

Penat, sebab tak sempat tarik nafas then kena lari lagi. Jika calon tak sempat sampai ke garisan setelah bunyi bleep dimainkan pada pertama kali, kad kuning akan diberi dan jika kedua kali tak sempat, kad merah akan diberi dan calon akan OUT. Bagi part ni, saya mampu sampai level 2.6 sahaja. Perempuan at least kena capai level 3.0 and above and bagi lelaki maybe kena level 5.0 and above ๐Ÿ˜. Chill lah, jangan stress sangat because everyone will be having fun that time. If you can't run, don't push yourself. Just stop and walk. Okay? 


๐Ÿ˜Ž Contoh di gambar atas ๐Ÿ˜Ž



Setelah tu, pukul 2:30 petang macam tu selesai juga Ujian Kelayakan Calon Guru. Syukur sebab tak pengsan ๐Ÿ˜‚. Dah selesai lari tu, I lepak sekejap dengan Mary, geng baru tu and rasanya dia level 3.0 something (sob2) and Step pula level 5.6 something almost level 6. Salute ko Step. 


Lepas tu, call parents datang ambil and diorang dah tunggu pun kat tempat parking pagi tadi. Petang tu memang cantik, cerah semacam jak and tiba-tiba hati nak makan Big Apple Donuts and Pepsi (dark side of me). Well because sebelum ni memilih sangat makanan sebab nak jaga berat badan supaya BMI full mark. ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฐ


Dah balik dari Parkson, petang tu juga balik ke Marudi. Makan donut dalam kereta jak (lapar anak mak masa tu tau) and and happy sangat sebab UKCG dah tamat. Pengalaman yang agak menarik for me and I've learnt that do not overthink something before you get to experience it, because it is not about how perfect can we do it but the experience, joy and not forgotten, the courage to try is what matters the most. 

Itu sahaja pengalaman yang nak I nak share kan ok? Will update again soon. Thank you so much for reading blog yang tak seberapa ni and God bless. ๐Ÿ’™

Back to Top