Kalendar Aktiviti Permohonan IPG 2019 (PISMP). Ramai pelajar lepasan SPM yang sedang menunggu tarikh permohonan IPG ambilan tahun 2019. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG : dahulunya Maktab Perguruan) tahun 2019 akan dibuka sejitar bulan Mac 2019. Pelajar adalah disarankan untuk melayari Portal Rasmi KPM dalam mendapatkan tarikh penting Permohonan IPG 2019.
Sebagai rujukan dan berdasarkan kepada makluman terkini, permohonan adalah dibuka dari tarikh 19 Mac 2019 sehingga 25 Mac 2019. Program PISMP adalah satu program yang dikhususkan dalam melatih bakal guru di IPG dalam pelbagai bidang pengkhususuan untuk keperluan di sekolah rendah.

Nota : Tarikh 2019 adalah seperti di paparkan di Kalendar Aktiviti IPG
https://www.permohonan.my/tarikh-penting-permohonan-ipg-kalendar/

Kalendar Aktiviti Permohonan PISMP 2019 Online
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting dalam kalendar permohonan IPG tahun 2019 untuk lepasan SPM. Maklumat yang dikongsikan adalah tarikh penting permohonan termasuk tarikh buka dan tutup permohonan, UKCG, temuduga dan semakan kemasukan IPG. Permohonan kemasukan ke IPG adalah secara atas talian/ online melalui Applikasi Permohonan Program Perguruan KPM.Tarikh Penting Permohonan IPG Online Ambilan 2019
Berikut adalah kalendar aktiviti pengambilan PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) sesi ambilan tahun 2019. Untuk makluman, pelajar lepasan SPM yang berkelayakan boleh membuat permohonan Calon Guru PISMP 2019 seperti maklumat berikut :i) Tarikh Buka
- 2019 : 19 Mac 2019
- 2018 : 13 Mac 2018
- 2017 : 23 Mac 2017 (200 petang)
- 2016 : 10 Mac 2016 (1200 tengahari)
ii) Tutup Permohonan
- 2019 : 25 Mac 2019
- 2018 : 28 Mac 2018
- 2017 : 30 Mac 2017 (1159 malam)
- 2016 : 27 Mac 2016 (1159 malam)
Nota : Tarikh 2019 adalah seperti di paparkan di Kalendar Aktiviti IPG
- Mac 2019 : Iklan permohonan PISMP Ambilan Jun 2018 dalam akhbar tempatan
- 19 Mac 2019, 1200 tengahari : Permohonan IPG secara online di buka
- 25 Mac 2019, 1159 malam : Permohonan ditutup – pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup
- 2 hingga 8 April 2019 : Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
- 7 hingga 10 April 2019 : Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
- 16 hingga 24 April 2019 : Semakan nama yang berjaya di panggil temuduga dan Ujian Kelayakan Fizikal (UKF) secara dalam talian. Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM
- 22 hingga 30 April 2019 : Pelaksanaan Sesi temuduga. Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akademik/ Kokurikulum
- 27 Mei hingga 17 Jun 2019 : Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2019. Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri
- 17 Jun 2019 : Pendaftaran calon di IPG. Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran
Borang Permohonan IPG 2019 Online
Permohonan PISMP 2019 boleh dibuat secara online dengan mengakses applikasi permohonan IPG di bawah ini :-- Applikasi permohonan : Program Calon Guru Tajaan KPM
- Syarat kelayakan/ kemasukan IPG
Maklumat Lanjut (Tarikh Penting Permohonan IPG)
Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan, sila hubungi alamat/ telefon berikut:-- INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR - (u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
- No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/ 6760/ 6758/ 6769
- emel : uppp.ipgm@gmail.com | uppp@ipgm.edu.my
https://www.permohonan.my/tarikh-penting-permohonan-ipg-kalendar/