-->

Type something and hit enter

Translate


On
Karangan Jenis Keperihalan

Cita-cita Saya

Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita saya ialah menjadi doktor. Saya bercita-cita menjadi doktor kerana ayah sihat semula di bawah rawatan doktor. Kini, saya  belajar bersungguh-sungguh supaya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang kedoktoran.

Doktor merupakan pekerjaan yang mulia dan disanjungi oleh masyarakat. Sebagai doktor, saya dapat merawat pesakit. Saya akan merawat pesakit-pesakit yang miskin dengan percuma. Saya berasa bangga kerana dapat menabur bakti kepada masyarakat.

Dalam mengejar impian saya ini, ibu bapa saya adalah insan yang paling banyak memberi dorongan. Mereka sentiasa membantu saya dalam pelajaran. Selain itu, guru-guru dan rakan-rakan juga sentiasa memberikan dorongan kepada saya.

Kerjaya doktor menjadi pilihan saya kerana saya ingin berkhidmat kepada masyarakat. Saya berazam untuk mendidik masyarakat supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Saya juga akan menyeru penduduk tempatan supaya menyertai pertubuhan sukarela.

Jika saya berjaya menjadi seorang doktor, saya ingin  membuka sebuah klinik untuk berbakti kepada msyarakat. Saya juga memberitahu penduduk tempatan tentang cara-cara menjaga kesihatan badan dan menghindari penyakit melalui ceramah.

Saya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya. Hal ini dikatakan demikain kerana saya ingin membalas jasa ibu bapa dan guru. Saya berharap agar cita-cita saya akan menjadi kenyataan apabila saya dewasa kelak.
Back to Top