-->

Type something and hit enter

Translate


On
Perhatian kepada ibu bapa yang berniat menghantar anak ada melanjutkan pengajian ke matrikulasi bagi kemasukan tahun depan iaitu 2019/2020. Permohonan akan dibuka semula 25 Februari 2019. Info penuh permohonan, KLIK DISINI
Matrikulasi sememangnya menjadi pilihan majoriti pelajar bumiputera kerana 90% tempat ditawarkan kepada pelajar bumiputera manakala 10% pelajar bukan bumiputera.
   

Syarat kelayakan tidaklah terlalu tinggi, namun persaingan yang tinggi menyebabkan pelajar terpaksa merebut tempat kemasukan walaupun memperolehi keputusan yang cemerlang. Berikut kami kongsikan kelebihan dan kelemahan laluan matrikulasi, sebagai panduan untuk anda.



Secara ringkasnya, laluan matrikulasi ini tidaklah terlalu berisiko selain pembiayaan pengajian dan sara hidup ditanggung oleh KPM. Anda tidak perlu membayar balik bantuan kewangan yang diberikan. Walau bagaimanapun, jika anda memilih laluan ini pastikan mendapat keputusan yang cemerlang kerana persaingan sangat tinggi untuk merebut tempat semula bagi peringkat pengajian ijazah di UA. Jika sekadar keputusan atas pagar CPGA 2.00 atau CGPA 3.00 dan ke bawah, anda memang sukar untuk berjaya dalam permohonan ke universiti awam bagi kursus ijazah yang anda inginkan.

Kenapa perkara tersebut berlaku?. Ini kerana, kuota yang diletakkan oleh pihak universiti untuk lepasan matrikulasi tidak dapat menampung jumlah permohonan yang ramai. Maklum sahajalah ramai lepasan SPM/Setaraf yang memilih untuk ke matrikulasi sedangkan ada pecahan kuota yang diletakkan oleh universiti untuk semua lepasan pra universiti sama ada STPM/ASASI/FOUNDATION IPTS/DIPLOMA UA/IPTS/A-Level/IB dan sebagainya untuk kemasukan ke pengajian degree di universiti mereka kelak. 

Jadi buatlah pilihan yang terbaik. Kepada anda yang memilih untuk ke matrikulasi, anda boleh rujuk kepada artikel Tip Persediaan Masuk ke Matrikulasi yang Wajib Anda Tahu!. Menerusi artikel tersebut anda boleh menyemak struktur pengajian, kokurikulum dan sebagainya berkaitan matrikulasi untuk persediaan melanjutkan pengajian kelak. SEMOGA BERJAYA!. 

Back to Top