Contoh Karangan SPM
Langkah-langkah Menangani Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja
Dalam era modenisasi yang sarat dengan konkurensi sengit ini, pelbagai uslub dan minhaj telah djalankan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia. Namun begitu, dunia pendidikan dibelenggu dengan kemelut disiplin yang berterusan. Realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kemelut disiplin di sekolah yang semakin membarah ibarat api dalam sekam dan duri dalam daging masih lagi menghantui seluruh rakyat Malaysia. Isu ini sering meniti dari bibir ke bibir dan menjadi bualan hangat di warung-warung kopi sehingga ke peringkat persidangan parlimen. Persoalannya, apakah modus operandi pragmatik lagi progresif yang wajar diimplimentasikan bagi mengatasi kemelut ini?
Pada hemat saya, ibu bapa perlu melakukan anjakan paradigma dalam usaha menangani masalah sosial dalam kalangan remaja. Hal ini demikan kerana ibu bapa memikul obligasi untuk mendidik dan membentuk jati diri anak-anak semenjak mereka masih kecil bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dalam konteks ini, keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak merupakan prasyarat untuk membentuk sahsiah yang syumul dalam sanubari para remaja. Ibu bapa juga harus menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana orang tua-tua pernah mengingatkan bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sebagai contoh, ibu bapa harus mengamalkan nilai-nilai murni seperti kecekalan, berdikari dan berdisiplin dalam kehidupan seharian. Ibu bapa juga boleh memanfaatkan perkembangan teknologi dan maklumat dengan melayari laman sesawang yang berkaitan dengan gejala sosial. Pelbagai ilustrasi, video, dan fakta pasti akan membuka minda para remaja tentang keburukan gejala sosial. Impliskasinya, para pelajar juga dapat dimatangkan dari segi psikologi dan pemikiran. Menurut pakar motivasi yang terbilang, Datuk Dr. Haji Mohd.Fadzilah Kamsah, anak-anak lebih cenderung mendengar penerangan ibu bapa tentang akibat-akibat berserta bukti yang nyata. Izharnya, melalui usaha ibu bapa tersebut secara tidak langsung akan membentuk disiplin anak-anak serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.
Selain itu, pihak sekolah juga mempunyai peranannya yang tersendiri. Sebagaimana yang telah kita maklumi, sekolah merupakan institusi pendidikan formal bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis mengikut acuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekolah juga boleh diibaratkan seperti rumah kedua bagi para pelajar. Para pelajar menghabiskan masa sekurang-kurangnya 6 jam sehari di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu melakukan sesuatu kaedah yang preventif lagi efektif bagi menangani masalah disiplin pelajar. Dalam hal disiplin, pihak sekolah perlu memperketat peraturan di sekolah dan memastikan peraturan tersebut dilaksanakan dengan telus dan adil. Dalam aspek kurikulum, guru sekolah boleh menerapkan nilai-nilai moral dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral. Melalui bidang kokurikulum pula, pihak sekolah perlu mengadakan lebih banyak aktiviti yang menjurus kepada pembentukan disiplin pelajar seperti program mentor mentee, kem motivasi, kursus kepimpinan dan sebagainya. Tambahan pula, guru kaunseling juga perlu mengadakan ceramah dan bimbingan kepada para pelajar supaya mempraktikkan gaya hidup sihat. Izharnya, melalui usaha pihak sekolah, saya yakin pelajar-pelajar tidak akan terlibat dalam masalah disiplin.
Di samping itu, peranan media massa tidak wajar dipandang sepi. Kita cukup yakin dengan peranan media massa sebagai penjana utama perubahan minda dan pemikiran seseorang. Sebagai mendukung tanggungjawab sosial, media massa seharusnya menyiarkan rancangan yang lebih bermanfaat daripada menayangkan rancangan yang berunsurkan hedonisme semata-mata dan bercanggah daripada norma kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Sebagai contoh, adengan di ranjang, tembak-menembak, pembunuhan dan banyak lagi perlu diharamkan penayangannya. Ironinya (Sebaliknya), pihak media elektronik perlu menyiarkan rancangan dan program yang mampu mendidik orang ramai menjadi warganegara yang matang. Stesen televisyen utama negara seperti TV3 harus menyiarkan pelbagai rancangan keagamaan untuk membentuk sahsiah generasi muda seperti al-Kuliyyah, Semanis Kurma dan Motivasi Pagi. Begitu juga, program Iman Muda, Ustazah Pilihan dan Tanah Kubur di saluran Astro juga telah berjaya mendidik remaja menjadi orang yang berilmu serta bertaqwa. Para pelajar yang sering didedahkan kepada iklan-iklan tentang faedah perma akan menyebarkannya kepada orang di sekelilingnya, bak kata pepatah sambil berdendang biduk hilir. Pihak media massa juga boleh menjemput pakar-pakar menghadiri rancangan khas untuk menjelaskan secara terperinci tentang kesan-kesan negatif gejala sosial. Saya optimis, peranan media massa tidak harus dipandang enteng dalam usaha menangani masalah disiplin pelajar.
Seterusnya, pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan perlu memainkan peranan mereka dalam usaha menangani kemelut ini. Pihak kerajaan perlulah menjalankan kempen-kempen kesedaran seperti "Kempen Sifar masalah Disiplin" secara istiqamah dari semasa ke semasa. Jika kempen tersebut dijalankan sekali sahaja dalam setahun, maka usaha itu hanyalah seperti melepaskan batuk di tangga. Alang-alang mandi biarlah basah, pihak kerajaan perlu bersabar menghadapi sebarang cabaran dan dugaan dan sentiasa memikirkan langkah efektif yang boleh dilakukan dalam usaha memperkasa tahap disiplin para pelajar kerana yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tak akan datang melayang. Sebagai contoh, penganjuran Karnival Komuniti 1Malaysia oleh Kementerian Penerangan Malaysia telah berjaya membentuk minda dan sikap anak didik yang lebih positif. Pihak kerajaan juga harus menyalurkan peruntukan untuk membina taman riadah untuk para remaja. Sementelahan itu, badan bukan kerajaan juga perlu melakukan sesuatu bagi menangani masalah disiplin ini. Mereka boleh menyokong dan mencarikan dana-dana luar yang dapat membantu pihak kerajaan dalam sebarang aktiviti ataupun program yang dijalankan. Dalam konteks ini, apabila pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan berganding bahu ibarat sakit sama mengaduh luka sama menyiuk dalam segenap aspek, pastinya masalah disiplin ini dapat diatasi dengan mudah dan berkesan.
Bukan itu sahaja, masalah atau gejala yang sedang bermaharajalela ini boleh dibenteras dengan penglibatan masyarakat kita secara menyeluruh. Hal ini demikian kerana peranan masyarakat tidak dapat dinafikan lagi boleh menyelesaikan masalah dengan dengan lebih cepat lagi. Masyarakat berperanan menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa untuk menangani isu-isu yang berlaku di persekitaran mereka. Oleh itu, kerjasama yang padu amat diperlukan supaya setiap gerak kerja yang dirancangkan itu akan berjaya dan membuahkan hasil seperti yang dihajati. Pada masa yang sama, masyarakat juga perlu membudayakan amalan atau cara hidup yang murni secara istiqamah berdasarkan tuntutan agama serta budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sebagai analoginya, masyarakat harus menghidupkan semangat kejiranan dengan mempraktikkan amalan ziarah-menziarahi, amalan gotong royong, dan amalan rumah terbuka. Selain itu, masyarakat juga boleh menubuhkan rukun tetangga dan mengadakan sukan komuniti. Hasilnya, para remaja atau generasi muda mempunyai contoh dan panduan dalam melayari kehidupan mereka pada zaman moden ini. Oleh itu, mereka tidak akan mudah terikut-ikut dengan budaya barat yang serba kekurangan atau gersang dari segi nilai dan akhlak insaniah sejati. Nyatalah, masyarakat merupakan salah satu tangga kearah menyelesaikan sesuatu masalah dan gejala yang sedang menjadi virus kepada genarasi muda pada hari ini.
Intihanya, uslub dan minhaj dalam menangani kemelut disiplin ini bukan sahaja datang dari satu atau dua pihak sahaja, tetapi memerlukan sinergi yang utuh daripada setiap lapisan masyarakat tidak kira warna kulit mahupun bahasa yang dituturkan. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita seharusnya melakukan langkah-langkah kolektif ibarat ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Sikap mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlu dielakkan supaya Malaysia mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Negara Dunia ketiga yang lain.