Contoh Karangan STPM - Pertahanan
Terdapat pihak tertentu yang mempertikaikan langkah kerajaan membelanjakan ratusan juta ringgit untuk membeli kelengkapan ketenteraan dan meningkatkan kebajikan pasukan pertahanan dengan alasan Malaysia tidak lagi menghadapi ancaman dari negara luar dan juga pihak komunis. Sungguhpun begitu, bidang ketenteraan perlu dipertingkatkan bagi menjamin kedaulatan negara. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang menyekat perkembangannya. Bincangkan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat. Untuk mengekalkan kedaulatan negara, Malaysia memerlukan tentera untuk mempertahankan keutuhan wilayahnya. Keselamatan rakyat dan harta juga bergantung kepada benteng pertahanan negara yang terdiri daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Darat Malaysia (TDM), dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Setiap negara pasti mementingkan pasukan tenteranya untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Dengan itu, Malaysia sememangnya perlu untuk meningkatkan kekuatan ketenteraan, selagi mempunyai kemampuan. Namun begitu, beberapa masalah telah timbul dalam usaha untuk memperkuat pasukan tentera.
Barisan pertahanan yang kuat diperlukan untuk menjamin keselamatan negara sepanjang masa. Sungguhpun kini Malaysia tidak menghadapi ancaman musuh negara, namun kita tidak harus leka dan lalai. Pasukan tentera haruslah bersiap sedia sepanjang masa untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Di dunia ini tidak ada kawan dan tidak ada musuh buat selama-lamanya. Penaklukan Kuwait oleh Iraq dapat kita jadikan sebagai iktibar. Kuwait ditakluk jirannya, yang sebelum ini dianggap saudaranya dalam masa dua puluh empat jam sahaja pada tahun 1990. Keganasan antarabangsa yang banyak berlaku juga menyebabkan Malaysia perlu meningkatkan kelengkapan ketenteraannya. Pada tahun 2001, World Trade Centre di New York telah diserang oleh pengganas. Pengeboman di Bali, Indonesia, dan Golok, Thailand juga mungkin melarat hingga ke negara ini. Oleh itu, perkara seperti ini perlulah diberi perhatian yang serius. Peristiwa berdarah seperti pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada bulan Mac 2013 merupakan satu sebab pentingnya pihak ketenteraan bersiap siaga menghadapi segala kemungkinan yang datang. Oleh itu, kita perlulah mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Pasukan tentera bukan sahaja berguna untuk menghadapi serangan musuh, tetapi juga berguna untuk memberikan bantuan pada waktu kecemasan atau malapetaka. Tenaga perajurit kita dapat dikerah pada bila- bila masa sahaja. Misalnya, semasa tragedi gempa bumi dan tsunami di Acheh, pasukan penyelamat tentera telah dikerah untuk menyelamatkan mangsa. Misi kemanusiaan ini amat dialu-alukan oleh negara yang ditimpa bencana tersebut. Bantuan kemanusiaan yang dihulurkan dalam bentuk tenaga, perubatan, makanan, dan sebagainya sedikit sebanyak meringankan beban negara yang telah ditimpa bencana. Pasukan Atur Gerak Cepat (PAC) merupakan pasukan komando yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas yang berbahaya dan mencemaskan. Malaysia sering dilanda banjir. Anggota tentera dapat membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir ke tempat yang selamat.
Pasukan tentera juga dapat menyumbang kepada kebajikan sosial. TUDM, misalnya, sering membuat penerbangan ihsan untuk membawa pesakit kronik ke Hospital Kuala Lumpur ataupun Institut Jantung Negara. Penerbangan ihsan ini diberi kepada masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman dan tidak mempunyai kemudahan pengangkutan yang baik. Para doktor tentera juga memberikan rawatan kesihatan secara percuma kepada penduduk di kawasan pedalaman. Angkatan tentera juga menyediakan kemudahan awam seperti jambatan dan jalan untuk kegunaan penduduk setempat yang tinggal di kawasan pedalaman. Rumah golongan miskin juga dibina dengan tenaga tentera kita. Oleh itu, wajarlah untuk kita meningkatkan mutu ketenteraan negara kerana mereka turut menyumbangkan tenaga pada masa-masa biasa kepada golongan yang daif dan miskin.
Ekoran pertumbuhan ekonomi negara yang pesat, terdapat masalah yang dihadapi oleh ketenteraan untuk meningkatkan mutu perkhidmatannya, kerana iaitu kurang sambutan daripada golongan muda. Hal ini demikian kerana, sikap golongan muda yang keberatan untuk menyertai pasukan tentera Malaysia. Jika dibandingkan dengan sektor swasta, penawaran gaji dalam bidang ini adalah kurang lumayan. Anggota tentera juga perlu memiliki ketahanan mental dan fizikal yang kental. Mereka juga perlu menjalani latihan yang lasak dan mengamalkan disiplin yang ketat. Anggota tentera terpaksa berkorban dengan meninggalkan keluarga ketika beroperasi di dalam mahupun di luar negara. Sememangnya, bidang ini mempunyai risiko yang tinggi berbanding dengan bidang pekerjaan yang lain. Anggota tentera perlu mempertaruhkan nyawa mereka demi menjaga keamanan negara. Tambahan lagi, pegangan anggota tentera ialah berkorban jiwa dan raga untuk tanah air yang tercinta. Hal ini menakutkan golongan muda untuk melibatkan diri dalam bidang ketenteraan.
Kos penyelenggaraan yang besar juga turut membebankan negara. Kem- kem tentera yang lengkap dan tempat tinggal untuk keluarga tentera perlu disediakan. Kos latihan ketenteraan juga menelan belanja yang tinggi, misalnya latihan penerbangan dan sebagainya. Bagi mengekalkan serta meningkatkan mutu ketenteraan, alatan canggih juga perlu dibeli. Sebagai contoh, pembelian jet pejuang dan kapal perang yang menelan belanja berbilion-bilion Ringgit Malaysia setahun. Sekiranya kedudukan kewangan negara kurang kukuh, hal ini pasti akan membebankan kewangan negara dan menambah defisit akaun semasa negara.
Konklusinya, pasukan tentera yang kuat sememangnya diperlukan demi mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah. Namun begitu, pembangunan dalam bidang ketenteraan haruslah dikawal supaya tidak menjejaskan pembangunan sosial dan ekonomi negara. Masalah rakyat yang kurang berminat untuk menyertai pasukan tentera haruslah diatasi. Sebagai rakyat, kita perlulah mempunyai semangat patriotik, rela berkorban untuk bangsa, nusa, dan agama.