-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Ibu Saya

Ibu saya berumur 38 tahun. Dia bersifat lemah lembut dan sentiasa tersenyum-senyum.

Ibu saya bekerja sebagai kerani di sebuah kilang papan. Pagi-pagi lagi dia sudah bangun dari tidur. Dia menyediakan sarapan untuk kami adik-beradik. Setelah kami pergi ke sekolah, barulah ibu bertolak ke kilang papan tempat dia bekerja. Pada pukul 4.30 petang ibu pun pulang ke rumah.

Di rumah pula ibu sibuk membuat kerja rumah. Dia membasuh kain baju, membersihkan lantai, mengelap cermin tingkap dan memasak. Tugas ibu amat berat, tetapi dia tidak pernah merungut-rungut.

Pada waktu malam, ibu mengawasi pelajaran saya dan adik-adik. Dia sangat mengambil berat terhadap pelajaran kami. Apabila saya jatuh sakit, ibulah yang melayan saya di sisi katil sehingga saya sembuh dari penyakit.

Saya berasa bangga kerana mempunyai seorang ibu yang begitu baik. Saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk membalas budi baik ibu.

Back to Top