-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Jiran Saya

Saya tinggal di sebuah pekan kecil. Rumah saya adalah rumah berkembar. Saya mempunyai ramai jiran. Jiran-jiran saya terdiri daripada orang Melayu, orang Cina dan orang India.

Jiran di sebelah kiri rumah saya ialah bangsa Melayu. Tuan rumah itu bernama Ahmad. Dia bekerja sebagai guru di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan. Isterinya adalah seorang suri rumahtangga. Dia mempunyai empat orang anak.

Encik Ahmad seorang peramah dan bersikap lemah-lembut. Bila dia ada masa, lapang dia selalu berbual-bual dengan bapa saya. Saya suka bermain-main dengan anak-anaknya di halaman rumah. Kami saling kunjung-mengunjungi pada hari-hari perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina.

Encik Ahmad adalah seorang yang jujur dan baik hati. Kami tolong- menolong antara satu sama lain. Saya bersyukur kerana mempunyai seorang jiran yang begitu baik dan bertimbangrasa.

Back to Top