-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Sekolah Saya

Nama sekolah saya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Xiu Kee, Seremban. Sekolah saya terletak di Jalan Sultan. Ia adalah sebuah sekolah rendah yang terkenal di Negeri Sembilan.

Guru-guru di sekolah saya berjumlah 35 orang. Nama Guru Besar ialah Low Ah Fatt. Sekolah saya mempunyai murid seramai satu ribu orang. Di sekolah saya terdapat sebuah kantin dan sebuah perpustakaan. Sebuah gelanggang bola keranjang dan dua buah gelanggang badminton juga terdapat di tepi bangunan sekolah saya. Sebuah bilik juga disediakan khas untuk permainan ping-pong.

Sekolah saya bermula pada pukul 7.45 pagi dan bersurai padapukul 1.15 tengah hari. Murid-murid di sekolah saya amat baik dalam pelajaran. Pasukan ping-pong dan badminton sekolah saya juga sering mendapat johan atau naib johan dalam pertandingan-pertandingan antara sekolah.

Guru-guru di sekolah saya semuanya ramah-tamah. Saya suka belajar di sekolah ini sebab pelajaran saya kian maju dari semasa ke semasa.

Back to Top