Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Cita-cita Saya
Semasa kecil, tiap-tiap orang mempunyai cita-citanya masing-masing. Ada yang ingin menjadi jurutera, doktor, jururawat, polis, peguam, guru dan sebagainya.
Cita-cita saya ialah menjadi seorang doktor. Baru-baru ini, nenek yang amat saya sayangi telah meninggal dunia akibat penyakit jantung. Oleh itu saya pun berazam untuk menjadi doktor bila saya dewasa kelak.
Tugas seorang doktor ialah merawat pesakit-pesakit. Pada zaman sekarang, manusia sering diserang oleh bermacam-macam penyakit. Jadi,doktor mesti berusaha sedaya upaya untuk memberi rawatan kepada mereka supaya mereka sihat semula. Tugas doktor amatlah berat sebab dia terpaksa bertugas pada hari siang dan malam.
Untuk mencapai cita-cita saya, mulai hari ini saya terpaksa rajin belajar.