Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Keluarga Saya
Saya tinggal di Taman Marida, Seremban. Rumah saya ialah sebuah rumah teres. Di dalam keluarga, saya adalah anak bongsu. Saya mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Jumlah ahli dalam keluarga saya ialah lima orang.
Bapa saya bekerja sebagai seorang kerani sekolah. Ibu saya adalah seorang suri rumahtangga. Pagi-pagi lagi ibu telah menyediakan sarapan untuk bapa dan kami adik-beradik. Tiap-tiap hari ibu sibuk membuat kerja rumah seperti menyapu lantai, membasuh kain baju dan memasak.
Abang saya belajar dalam Tingkatan 4. Kakak saya belajar dalam Tingkatan 2. Mereka sangat rajin belajar dan sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Apabila saya tidak faham sesuatu pelajaran, mereka akan membimbing dan memberi tunjuk-ajar kepada saya.
Ibu bapa sangat sayang kepada kami. Kami hidup bahagia dalam keluarga yang sederhana ini.