-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Mata Pelajaran Yang Paling Saya Minati

Di sekolah, saya belajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Matematik, dan Pendidikan Moral. Di antara kesemua mata pelajaran ini, mata pelajaran yang paling saya minati ialah Bahasa Melayu.

Saya amat berminat dalam Bahasa Melayu sebab ianya adalah Bahasa Kebangsaan di negara kita. Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang wajib dalam semua peperiksaan kerajaan. Dengan adanya pengetahuan yang baik dalam Bahasa Melayu, dapatlah saya bergaul mesra dengan penduduk- penduduk berbagai kaum di negara kita.

Pada masa lapang, saya suka membaca suratkhabar dan majalah dalam Bahasa Melayu, seperti Utusan Pelajar, Dewan Pelajar dan lain-lain lagi. Saya juga menonton rancangan televisyen yang disiarkan dalam Bahasa Melayu, seperti drama dan berita. Apabila saya tidak faham sesuatu perkataan Bahasa Melayu, saya pun merujuk kepada kamus. Dengan cara ini saya akan lebih maju dalam Bahasa Melayu.

Saya akan terus belajar Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh, supaya boleh mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Back to Top