-->

Type something and hit enter

Translate


On
Contoh Karangan Keperihalan UPSR - Sahabat Karib Saya

Saya mempunyai ramai sahabat. Di antara mereka, sahabat karib saya ialah Ah Meng. Dia berumur 12 tahun dan sedarjah dengan saya. Rumah Ah Meng berhampiran dengan rumah saya. Tiap-tiap pagi kami pergi ke sekolah bersama- sama.

Ah Meng ialah seorang murid yang rajin. Dia pandai dalam semua mata pelajaran. Dia dipuji dan disayangi oleh guru-guru di sekolah. Dia juga handal dalam permainan ping-pong. Oleh itu dia telah dipilih sebagai pemain pasukan ping-pong sekolah. Saya selalu bermain ping-pong dengan Ah Meng pada masa lapang.

Saya sudah berkenalan dengan Ah Meng selama lima tahun. Persahabatan kami baik seperti isi dengan kuku. Bila saya ada apa-apa masalah dalam pelajaran, dia akan menolong saya. Jadi pelajaran saya bertambah maju.

Saya berasa bangga kerana mempunyai sahabat karib seperti Ah Meng. Saya berharap, moga-moga persahabatan kami akan berkekalan.

Back to Top