FAQ 2: Bagaimanakah perjalanan saya selepas ASASIpintar?
1) Transfer credit (subject to change for your batch)
Sesetengah kursus-kursus di UKM untuk pengajian Ijazah Pertama mempunyai kemudahan 'credit transfer' untuk tujuan pemotongan subjek daripada kursus Ijazah Pertama, terutamanya untuk kursus-kursus Ijazah Pertama yang telah diambil oleh pelajar social science semasa di ASASIpintar. Untuk sesetengah kursus seperti di Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti SSK, Fakulti Perubatan dan seumpamanya, hanya ada beberapa subjek tertentu yang boleh dialihkan kreditnya. Dengan adanya peralihan kredit ini, pelajar-pelajar lepasan ASASIpintar boleh memotong sebahagian daripada subjek-subjek dalam kursus-kursus Ijazah Pertama semasa di UKM kelak, bergantung kepada kursus yang diambil.
2) Universiti mana selepas habis pengajian, UKM sahajakah?
ASASIpintar UKM, berdasarkan kepada namanya, sememangnya direka cipta untuk para pelajarnya menyambung pengajian Ijazah Pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia. Andai kata anda berhasrat untuk menyambung pengajian Ijazah Pertama di universiti-universiti lain, boleh tiada masalah. Namun, segala pendaftaran di universiti lain perlu melalui proses kelulusan daripada pihak atasan PERMATApintar dan harus diselesaikan sendiri.
3) Adakah kedudukan saya terjamin di UKM?
Ya, tempat anda akan terjamin. Anda telah mempunyai tempat di UKM, namun untuk mendapatkan kursus yang dikehendaki, anda perlu mendapatkan keputusan yang baik dalam ASASIpintar.
4) Ada temudugakah selepas ASASIpintar?
Ya, mulai tahun 2015 semua fakulti di UKM mengadakan temu duga untuk memilih pelajar.
Terima kasih kerana sudi membaca!