Contoh Karangan STPM - Ekonomi
Perkembangan ekonomi masa kini memberi petunjuk kepada peningkatan kadar inflasi yang memberi tekanan terhadap kesejahteraan rakyat. Oleh itu, masalah ini perlu ditangani dengan bijaksana. Bincangkan.
Perkembangan ekonomi masa kini memberi petunjuk kepada peningkatan kadar inflasi dan masalah ini perlu ditangani segera dengan bijaksana.
Antara kesan inflasi yang akan dirasai oleh masyarakat termasuklah peningkatan kos sara hidup. Hal ini, berikutan peningkatan harga barangan secara berterusan menyebabkan pendapatan sebenar semakin rendah dan kuasa membeli semakin menurun. Perkara ini dapat mengurangkan kualiti hidup rakyat. Rakyat terpaksa bekerja keras untuk menambah pendapatan sehingga tiada masa untuk bersama-sama dengan ahli keluarga. Lebih menyedihkan apabila mereka terpaksa berhutang untuk menanggung kos sara hidup, termasuklah kos pendidikan, pembelian rumah, dan keperluan yang lain. Oleh itu, jelas bahawa dengan peningkatan kadar inflasi kehidupan rakyat akan turut terjejas.
Selain itu, peningkatan kadar inflasi menyebabkan peningkatan masalah sosial dalam kalangan masyarakat. Keadaan ini berlaku apabila sebahagian masyarakat tidak mampu untuk menambah masa kerja bagi meningkatkan pendapatan. Mereka terpaksa menampung semua kos hidup tetap seperti ansuran rumah, kereta, dan pembiayaan pendidikan. Apabila mereka gagal membayar kos sara hidup, mereka akan terdorong untuk menambah pendapatan dengan cara yang mudah, termasuklah mengambil rasuah, melakukan penyelewengan, dan penipuan. Mereka turut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga disebabkan tekanan hidup yang kritikal. Kesannya, masalah sosial semakin parah, anak-anak terabai, terjerumus dalam kancah pergaulan bebas, dan tidak mendapat bekalan pendidikan yang mencukupi. Hal ini, akhimya akan membantutkan proses pembangunan negara.
Seterusnya, kesan lain yang dirasai akibat peningkatan kadar inflasi ialah kemerosotan nilai tabungan. Keadaan ini berlaku apabila masyarakat yang menabung, menerima pencen, memiliki bon, dan polisi insurans terpaksa berhadapan dengan kemerosotan nilai sebenar atau kuasa beli wang ketika berlakunya inflasi. Kadar faedah benar menjadi rendah dan mungkin negatif berbanding dengan keadaan tanpa inflasi. Hal ini sangat merugikan dan menimbulkan kebimbangan masyarakat bahawa simpanan masa hadapan mereka tidak lagi mempunyai jaminan yang kukuh. Secara tidak langsung, hal ini akan mengurangkan kebolehpercayaan masyarakat untuk membuat tabungan dan akhirnya akan menjejaskan ekonomi negara disebabkan nilai tabungan negara yang semakin merosot.
Kemudian, masalah peningkatan kadar inflasi perlu ditangani dengan bijaksana melalui beberapa langkah. Antaranya termasuklah setiap ahli masyarakat disarankan mengamalkan langkah berjimat cermat. Setiap individu perlu berbelanja mengikut keperluan dengan mengutamakan barangan harian dan mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran dengan membeli barangan import. Rakyat digalakkan membeli barangan tempatan dan menanam sendiri hasil-hasil pertanian untuk keperluan harian. Oleh itu, amalan berjimat cermat harus diamalkan bagi mengatasi masalah peningkatan kadar inflasi.
Selain itu, kerajaan disarankan supaya mengamalkan dasar-dasar kewangan yang ketat bagi mengatasi masalah peningkatan kadar inflasi. Semasa inflasi, bank pusat misalnya akan menaikkan nisbah rizab berkanun terhadap simpanan bank perdagangan di bank pusat, menyebabkan keupayaan bank perdagangan untuk memberikan pinjaman berkurang, seterusnya mempengaruhi kuasa beli masyarakat. Menerusi dasar kewangan yang ketat juga, bank pusat disaran untuk menaikkan kadar bank terhadap pinjaman yang diberikan kepada bank perdagangan. Apabila bank pusat menaikkan kadar bank, maka bank perdagangan akan menaikkan kadar bunga terhadap pinjaman orang ramai. Kadar bunga yang tinggi menyebabkan kos meminjam meningkat dan pinjaman akan berkurang. Perbelanjaan isi rumah juga turut berkurang dan inflasi dapat diatasi.
Kesimpulannya, setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha menangani peningkatan kadar inflasi demi kesejahteraan bersama.